Skip to main content

Bola Jaring

CelcomDigi NSL: Import dari Malawi perkuat Terengganu Marvels

Tendai

Terengganu Marvels terus menambah sengat dengan kehadiran import dari Malawi, Tendai Masamba, bagi memperkuat jentera serangan pasukan itu menjelang CelcomDigi Netball Super League (NSL).

Masamba yang sebelum ini beraksi di Liga Singapura, melihat kehadirannya sebagai langkah besar dalam karier untuk mencari pendedahan lebih meluas di pentas kompetitif serantau.

Advertisement

Shooter itu turut mengakui peluang hanya datang sekali, justeru dia tidak teragak-agak untuk menerima tawaran menyertai Marvels musim ini.

"Ia adalah satu pengalaman baru buat saya memandangkan saya sudah lama bermain di luar negara.

"Saya sangat teruja bermain di sini selepas menabur bakti di Singapura.

"Saya bekerja keras bersama pasukan untuk mencapai misi yang ditetapkan," katanya di Nadi Arena.

Must Watch Video