Skip to main content

Sukan Lain

Regata Antarabangsa Diraja Langkawi: Edisi ke-22 gamit kemeriahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

regata langkawi

Aksi perlumbaan kapal layar di Asia Tenggara pada tahun baharu sekali lagi bakal bermula dengan Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) dari 19 hingga 24 Januari 2026.

Acara ini telah memasuki edisi ke-22 sejak pertama kali diadakan pada tahun 2003.

Advertisement

Tujuan utama penganjuran RLIR adalah untuk menempatkan nama Malaysia dalam kalangan destinasi pelayaran terunggul di samping mempromosikan Langkawi sebagai pusat pelancongan sukan di rantau ini.

Regata tahunan yang sangat dinantikan di Royal Langkawi Yacht Club (RLYC), Kuah, dijangka bakal menyaksikan 35 buah kapal layar dari seluruh dunia termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, China, Taipei Cina, India, Australia dan United Kingdom dengan jumlah lebih daripada 250 pelayar yang mengambil bahagian.

Pelayar akan bertanding dalam tujuh kelas iaitu Racing, IRC 1, IRC 2, Multihull Racing, Multihull Cruising, Sports Boat, dan Club.

Kesemua mereka bersaing bagi merebut trofi kejuaraan bagi setiap kelas: Prime Minister's Challenge Trophy (kelas Racing), LADA-IRC Challenge Trophy (kelas IRC 1), PSC-IRC 2 Challenge Trophy (kelas IRC 2), Langkawi Sports Challenge Trophy (kelas Sports Boat), Malaysia Multihull Challenge Cup (kelas Multihull) dan RLYC Commodore's Challenge Cup (kelas Club).

Selain itu, individu atau pasukan yang mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi semasa berada di laut mahupun darat sepanjang RLIR berlangsung berpeluang membawa pulang anugerah khas Tunku Abdullah Sportsmanship Award.

Pemenang bagi anugerah ini akan ditentukan berdasarkan jumlah undian terbanyak daripada peserta yang bertanding.

RLIR 2026 mendapat tajaan daripada Turkish Airlines, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Kerajaan Negeri Kedah, ALJ Global Sdn Bhd, Malaysia International Boat Show ’26 Langkawi (MYBOS ’26), Tropicana Cenang Langkawi, Rainman Watermakers dan Marine Supplies Asia.

Jutaan penghargaan kepada rakan media iaitu HOMME dan Sea Yachting.

Selain itu, RLIR dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Turkish Airlines sebagai syarikat penerbangan rasmi untuk RLIR 2026, dan Gatorade serta Lipton Soda akan menjadi minuman rasmi.

Dalam pada itu, RLIR turut mendapat sokongan daripada Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA), World Sailing dan Aseanarean Bluewater Alliance.

 

Must Watch Video