Skuad Malaysia memperbaharui kedudukan terkini apabila melonjak dua anak tangga berbanding tempat ke-138 sebelum ini.
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan ranking semasa Harimau Malaya yang berada di tempat ke-136 di bawah Filipina.
Untuk rekod, Harimau Malaya tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan persahabatan antarabangsa dalam kalendar FIFA kali ini.
Kali terakhir, skuad kendalian Peter Cklamovski beraksi pada Mac lalu apabila tewas kepada Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027.
Kemas kini seterusnya pada 20 Julai 2026.