Skip to main content

Bola Sepak

PSG sambar bakat muda keturunan Filipina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Barcelona, PSG

Paris Saint-Germain (PSG) memuktamadkan perjanjian dengan pemain remaja berbakat Barcelona, ​​Dro Fernandez, selepas selepeas menebus pelepasannya kepada kelab LaLiga itu.

Pemain berumur 18 tahun itu mengejutkan Barça apabila dia meluahkan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu bulan ini demi mencari minit permainan.

Advertisement

"Saya sangat gembira dan sangat bangga menyertai PSG. Ini adalah saat kebanggaan yang besar bagi saya dan keluarga saya," katanya dalam majlis pengenalannya di Paris.

"Saya sangat teruja dan bermotivasi untuk bermain dan memberikan segala-galanya untuk jersi ini."

Dro -- yang ibunya berasal dari Filina -- menarik perhatian beberapa kelab terkemuka Eropah sebelum bersetuju menyertai projek di bawah kendalian Luis Enrique yang memainkan peranan penting memujuknya.

Keputusan itu tidak begitu disenangi pengurus Barça, Hansi Flick, yang mempunyai keyakinan tinggi terhadap pemain tengah menyerang itu yang telah dibandingkan dengan Thiago Alcantara dan Pedri.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video