Tekong terbaik dunia, Syahir Rosdi, memberi pencerahan mengenai penglibatannya dalam Takraw Thailand League (TTL), selepas tular di media sosial baru-baru ini mengenai penyertaanya bersama kelab Chonburi Pattaya bulan depan!
Syahir mengekalkan prestasi terbaiknya ketika membawa Melaka Titans ke separuh akhir CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) Premier dengan menewaskan ATM Guardians dalam suku akhir Grand Prix (GP) Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.
"Saya disenaraikan ke TTL.
"Buat masa sekarang, PSM belum beri pelepasan jadi saya fokus kepada STL terlebih dahulu.
"Saya mungkin akan menyertai pasukan pada tahun depan, selepas peringkat kelayakan," katanya.