Kelantan Red Warrior (KRW) mempamerkan persembahan berbeza ketika menamatkan kemarau kemenangan Liga Super, sebentar tadi.
Serangan bertali arus selain berbekalkan semangat juang tinggi di Stadium Sultan Muhammad IV, barisan asuhan Irfan Bakti Abu Salim itu meneruskan usaha mereka hingga wisel penamat melalui rembatan deras pemain import, Emmanuel Mbarga, untuk kemenangan 2-1.
Namun, kemenangan ini masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka di tangga tercorot selepas tujuh perlawanan.