Skip to main content

Sukan

PSAS: Amukan Faizal Saari bedal Kanada

ll
Advertisement

MALAYSIA 6 KANADA 0

 

Advertisement

Skuad hoki negara melengkapkan kemenangan formaliti ke atas Kanada 6-0 untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2026 menerusi kemenangan kedua berturut-turut di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, sebentar tadi.

Lebih membanggakan, The Speedy Tigers kekal tanpa dibolosi selepas dua jam minit permainan sepanjang kempen edisi ke-32 kali ini.

Advertisement

Skuad kendalian Brendon Carolan itu tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila penyerang prolifik negara, Faizal Saari, mudah menolak masuk bola muntah pada minit kedua permainan.

Momentum serangan kem negara diteruskan dalam baki suku pertama, namun tiada pertambahan jaringan gara-gara penyudah tumpul.

Kanada menukar strategi untuk lebih bertahan dengan pertambahan di benteng bagi mengekang asakan bertali arus skuad negara.

Begitupun, jentera serangan negara masih kekal berbisa, khususnya ketika gerakan serangan balas yang menjadi pencetus kepada jaringan kedua, hasil penyudah ikonik Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-23.

Fakta menarik, penyerang yang mesra disapa Boy itu beraksi di negeri kelahirannya dan pernah menjadi “ball picker“ ketika penganjuran PSAS, lebih sedekad yang lalu.

Jadi tidak hairanlah, Azrai Aizad cukup selesa beraksi di Ipoh, hingga sukar kekang pertahanan Kanada.

Lima minit berselang, skuad negara tambah gol lagi, kali ini menerusi Amirul Hamizan Azahar yang bertindak pantas melakukan tindakan susulan dan kedudukan 3-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

 

 

 

Faizal Saari kembali menggegar gawang Kanada sebaik bersambung babak kedua, dan kali ini menerusi penalty stroke.

Speedy Tigers terus pantas dan lincah untuk menghukum kealpaan benteng pertahanan Kanada lawan dalam suku terakhir, siapa lagi kalau bukan Faizal yang melengkapkan hatriknya dalam  pada penampilan ke-344 bersama skuad negara.

Belum puas dengan hatrik, pemain kelahiran Terengganu itu menambah satu lagi jaringan untuk gol keenam Malaysia untuk jaringannya yang ke-305 di peringkat antarabangsa untuk keputusan akhir 6-0 memihak tuan rumah.

Ayuh teruskan sokongan kepada sukan hoki negara! Saksikan Piala Sultan Azlan Shah 2026 bersama Tenaga Nasional Berhad.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video