Tiada istilah penetapan kriteria yang ketat andai permohonan untuk mendapatkan pemain naturalisasi mengikut prosedur sebenar.
Isu ini tidak akan timbul jika semua pihak yang bertanggungjawab mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tatkala dua pemain asing dalam kancah Liga Super, Bergson da Silva dan Giancarlo Gallifuoco, dicanang sebagai tonggak baru Harimau Malaya dalam masa terdekat.
Advertisement
Cuma yang perlu dilihat dengan lebih teliti adalah kualiti pemain itu sendiri tanpa mengetepikan keperluan pemain tempatan yang memiliki kelebihan daripada segi semangat luar biasa sebagai anak jati negara.
"Proses itu mestilah teliti, jangan cerita pasal kualiti.
"Kalau daripada tujuh (calon), dua orang itulah kita ambil -- kalau kita memang nak keputusan jangka masa pendek.
Memang seronok rekrut ramai pemain naturalisasi tapi sekejap, tengoklah apa yang berlaku," kata pemerhati bola sepak negara, Datuk Richard Scully.
Tambahnya lagi, jika perlu untuk bersikap memilih, apa salahnya?
"Penapisan dan penelitian mesti memurnikan proses.
"Ada kita perlukan tujuh kalau ada seorang pun sudah terbaik jadi kita perlu perhalusi proses pengambilan yang terbaik.
"Kalau ambil tujuh pemain naturalisasi (sekalipun), mereka harus buktikan bahawa mereka adalah yang terbaik daripada pemain sedia ada.
"Kalau tidak saya rasa pemain tempatan pun boleh galas tugas ini," katanya lagi.