Tular baru-baru ini mengenai pemain muda wanita B-17 Liverpool, Amber Low, yang dikhabarkan mempunyai darah keturunan Malaysia.
Dalam satu posting yang tular di media sosial berkongsikan: "Amber memilih Wales berbanding Malaysia B-17 tahun.
"Malaysia boleh yakinkan dia jika layak ke Piala Asia B-17." katanya.
Amber yang dilaporkan mempunyai pertalian darah menerusi bapanya yang berasal dari Johor itu turut menyarung jersi pasukan kebangsaan B-17 Wales berdepan skuad Portugal B-17 baru-baru ini dengan dia turun beraksi selama 43 minit.