Kejohanan Pickleball Celebrity Slams 2025 menutup tirai hari ini dengan pasukan All Stars dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Team Panas 3-2 di Setia Alam, hari ini.
Pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, tidak jangka mampu mengetengahkan syarikat pakaian berjenama miliknya dalam industri sukan khususnya pickleball.
Advertisement
Meskipun umum mengetahui sebagai baju hari raya, namun susulan atas minat yang mendalam akan sukan itu ia memberikan pengalaman baru buat Azzim.
"Kerana minat akan sukan ini dan latar belakang saya adalah perniagaan, jadi secara tidak langsung melibatkan jenama ini dalam sukan pickleball.
"Kerana sukan ini masih baru dan tiada penglibatan jenama lokal yang serius, jadi ini peluang saya ketengahkan jenama saya yang terlibat dengan sukan pickleball." katanya.
Ketika ditanya mengenai Kejohanan Pickleball Celebrity Slams, dia yang mesra disapa 'Meri' itu bersyukur dapat merangkul tempat ketiga keseluruhan bersama pasukannya, Bintang Fenix.
"Alhamdulillah rezeki sampai ke separuh akhir dan sampai ke pusingan ketiga, keempat dan bersyukur selepas menang.
"Saya bermain dalam perlawanan penentuan dan menang." tambahnya.