Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Panas! Kalah 0-2, Lisandro Martinez kritik Manchester United

SOCCER-CHAMPIONS:Soccer-Tresoldi treble stuns Inter, Bayern held as Barcelona rally
Advertisement

Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez, mengkritik pengurusan tertinggi kelab itu selepas kekalahan 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di tangan Atletico Madrid di Metropolitano, awal pagi tadi.

Pemain kebangsaan Argentina itu mengharapkan pelaburan yang lebih besar bagi membantu pasukan bersaing di peringkat tertinggi.

Advertisement

Martinez secara khusus menyebut tentang pengarah teknikal pasukan itu, Jason Wilcox, dengan menyatakan bahawa United memerlukan lebih ramai pemain baharu untuk bersaing serta membina skuad yang mampu mencabar kejuaraan di peringkat Eropah.

"Saya mengharapkan lebih banyak usaha daripada pengarah teknikal kami.

Advertisement

"Saya perlu berterus-terang. Malah, sebagai pemain, kami juga perlu melakukan lebih lagi," katanya.

Atletico mendahului menerusi jaringan Pablo Barrios seawal minit pertama perlawanan, sebelum Ademola Lookman mengesahkan kemenangan pada minit ke-79, sejurus selepas Leny Yoro diperintahkan keluar padang.

Keputusan itu memanjangkan rekod tanpa kemenangan skuad kendalian Michael Carrick kepada lima aksi dalam semua pertandingan dan menyaksikan mereka mengumpul tiga mata UCL, selepas memulakan kempen dengan kemenangan 4-0 ke atas Sabah FK.

"Kami mengharungi musim yang hebat tahun lalu dan kini kami mengharapkan lebih banyak usaha daripada pihak atasan untuk membawa masuk lebih ramai pemain bagi tujuan persaingan, memandangkan banyak pasukan lain turut membawa masuk ramai pemain baharu," kata Martinez.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video