Malayan Tigress melakar kebangkitan apabila berjaya memperoleh kemenangan 1-0 menewaskan Arab Saudi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa kedua di Qatar malam tadi.
Pemain warisan Malaysia-Amerika Syarikat (AS), Aryssa Mahrt, yang membuat penampilan kedua bersama skuad kebangsaan muncul wira selepas menjaringkan gol pada minit kelima hasil kesilapan penjaga gawang Arab Saudi, Mona Al-Owais.
نهاية المباراة 🔚 #أخضر_السيدات | #السعودية_ماليزيا https://t.co/xrYNd1h4fb
— إدارة الكرة النسائية - SAFF (@saff_wfd) October 13, 2026
Lawan daripada ranking ke-157 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu gagal memecah kebuntuan permainan sehingga wisel penamat dibunyikan, sekali gus terpaksa akur dengan prestasi skuad bola sepak utama wanita negara.
Untuk rekod, dalam pertemuan lalu, Arab Saudi mudah meraih kemenangan 2-0 ke atas pasukan bimbingan Nidzam Adzha Yusoff itu pada Sabtu lalu.