Pemenang pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya itu terpaksa pulang awal!
Bintang perseorangan nombor satu Thailand, Kunlavut Vitidsarn, berputih mata selepas tewas 21-13, 17-21, 12-21 di tangan pemain ranking ke-27 dunia, Rasmus Gemke, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Denmark awal pagi tadi.
Bekas juara dunia 2023 itu merangkap pilihan utama kejohanan bertaraf super 750 itu akur dengan kebangkitan wakil tuan rumah yang berjaya mendominasi set kedua dan ketiga untuk menyingkirkan pemain berusia 25 tahun itu.
Ranking pertama dunia itu terlepas peluang untuk menyambung kecemerlangan usai kejayaan dalam temasya Sukan Asia baru-baru ini, namun tidak berhasil lolos ke peringkat seterusnya.
VICTOR Denmark Open 2026 MS - R32 13 21 21 🇩🇰Rasmus GEMKE🥇 21 17 12 🇹ðŸ‡Kunlavut VITIDSARN 🕚 in 65 minutes
— BWFScore (@BWFScore) October 13, 2026
Untuk rekod, dengan kekalahan itu menyaksikan Gemke menyamakan pertemuan kepada 4-4.
Dalam perkembangan lain, duo pemain kebangsaan yang kembali bergandingan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menepati ramalan ke pusingan 16 atas kemenangan menundukkan lawan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, meskipun bertempur sehingga set penentuan dalam masa hampir 51 minit.