Skip to main content

Badminton

Piala Uber: Jie Yu dipilih ganti tempat Pearly

chong jie yu

Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dalam satu kenyataan sebentar tadi, mengesahkan bahawa pemain beregu wanita kebangsaan, Chong Jie Yu, dipilih untuk menggantikan Pearly Tan dalam skuad negara bagi menghadapi saingan Piala Uber di Horsens, Denmark hujung bulan ini.

Jie Yu, 21, akan menyertai kem latihan pasukan di Herning, Denmark sebagai persiapan menjelang kejohanan itu.

Advertisement

Sebagai rekod, Jie Yu bersama gandingannya, Vanessa Ng, kini menduduki ranking ke-64 dunia.

Semalam, Stadium Astro melaporkan Pearly terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu gara-gara kecederaan.

 

Must Watch Video