Penaung Kejohanan Bola Jaring Piala Toh Puan Datuk Wira Asmah Ab Rahman menyifatkan penganjuran edisi ketiga lebih berjaya berbanding tahun sebelumnya berpandukan tahap peningkatan prestasi pemain yang mengambil bahagian.
Ia merangkumi pelbagai aspek termasuk kemahiran individu serta strategi pasukan dalam setiap perlawanan.
Advertisement
Selain itu, Asmah berharap penganjuran ini mampu diteruskan pada tahun akan datang bagi memastikan mutu permainan bola jaring, khususnya di Melaka terus dipertingkatkan.
"Mutu permainan kejohanan bertambah baik dalam setiap edisi.
"Dan kami akan terus perbaiki (penganjuran kejohanan ini) pada tahun depan," katanya Dewan Bola Keranjang, Bukit Serindit, hari ini.