Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Tiga gol, dua bantuan jaringan. Saya sangat gembira -- Mujagic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muja

Penggempur baru Johor Darul Ta'zim (JDT), Ajdin Mujagic, tidak dapat menahan perasaan gembira selepas melakukan debut sempurna di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi.

Dia merekodkan tiga gol dan dua bantuan jaringan ketika membantu skuad Harimau Selatan menewaskan Melaka 5-0 dalam perlawanan suku akhir pertama, Piala Malaysia, untuk memastikan JDT selangkah ke pusingan separuh akhir.

Advertisement

 

 

 

 

Pemain berusia 28 tahun itu tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol dalam debut pertamanya itu apabila meledak seawal minit kelima permainan, sebelum menggandakan pada minit kelapan dan ke-61. Dua gol lagi hadir menerusi Manuel Hidalgo (72) dan Marcos Guilherme (75) dengan bantuan jaringan daripada Mujagic.

"Tiga gol dan dua bantuan jaringan, saya berasa sangat gembira." katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Ikuti laporan penuh di Nadi Weekend malam ini.

Must Watch Video