Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Selangor enggan toleh ke belakang, komitmen tinggi barisan Kuching City dihargai

j

Kejutan di Stadium Negeri Sarawak benar benar meletakkan Selangor dalam situasi berduka dalam pertembungan separuh akhir Piala Malaysia, malam tadi.

Tanpa kelibat Kim Pan-gon dan Chrigor Moraes yang digantung perlawanan, situasi buat Selangor ibarat jatuh di timpa tangga apabila terpaksa beraksi dengan sembilan pemain sebaik Safuwan Baharuddin dan Mukhairi Ajmal Mahadi diperintah keluar padang.

Advertisement

Penolong jurulatih Gergasi Merah, Lee Soon-seok, turut meluahkan rasa terkilannya, namun memilih untuk tidak mahu mengambil masa yang lama untuk rasa sedih memandangkan masih banyak tugasan lain yang menunggu.
"Kami masih mempunyai cabaran dalam Piala Shopee dan Liga Super.

"Kami menjadikan (kekalahan) ini sebagai motivasi dan menjadi ini sebagai satu pengajaran, seterusnya maju ke hadapan," katanya selepas wisel penamat.

Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, pula melihat keampuhan pemainnya yang tidak mudah memandang kesulitan merujuk kepada betapa gahnya nama Selangor selaku juara 33 kali jika dibandingkan dengan Kuching City adalah ramuan utama kejayaan mereka mencetak kemenangan 1-0 di laman sendiri menerusi jaringan, Petrus Shitambi.

Ini merupakan pencapaian kali pertama Kuching City melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia untuk menamatkan penantian 27 tahun wakil Sarawak ke pentas final.

Aidil Sharin berasakan ia cukup bermakna merujuk kepada kesungguhan pemain untuk memastikan kelebihan agregat 2-1 ke atas Selangor.

"Pemain agak di bawah tekanan dan saya berasakan kami patut boleh melakukan yang lebih baik.

"Inilah bola sepak. Mereka kekal bersatu dan bertahan bersama-sama menghadapi Selangor yang menyerang habis-habisan.

"Saya berterima kasih atas kerja keras pemain pada malam ini," katanya.

 

Must Watch Video