Menteri Belia Dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, tidak menolak kebarangkalian sukan hoki bakal dimasukkan kembali dalam Program "Road To Gold" dan sedia mempertimbangkan perkara tersebut pada mesyuarat minggu hadapan.
Dia menegaskan perlu melihat daripada aspek lebih luas dan mempertimbangkan kemampuan sukan-sukan sedia ada kerana tujuan utama RTG adalah bagi menjelmakan kilauan emas pertama buat Malaysia.
Advertisement
"Saya akan menegaskan kita harus melihat sukan itu dengan lebih meluas lagi, tidak hanya terperangkap pada sukan yang sama.
"Kami akan membuka lembara lebih luas buat sukan di Malaysia kerana tujuan asal RTG untuk raih emas pertama negara." katanya.