Skip to main content

Bola Sepak

Hanya sempat beraksi 25 minit, pemain berpotensi besar ini ditamatkan kontrak serta-merta

lamptey

Kelab Serie A Itali, Fiorentina, menamatkan kontrak pertahanan Ghana, Tariq Lamptey, selepas pemain itu menyertai mereka pada awal musim 2025-26.

Lamptey, 25, sebelum ini menolak perpindahan ke pasukan gergasi Belanda, Ajax, untuk menghabiskan baki kontraknya bersama Brighton and Hove Albion sebelum memilih haluan ke Itali.

Advertisement

Sebelum ke Brighton, dia menghabiskan tempoh panjang bersama Chelsea selepas tamat pengajiannya di akademi kelab berkenaan.

Bagaimanapun, Lamptey hanya sempat melakukan dua penampilan bersama Fiorentina dengan jumlah keseluruhan 25 minit permainan sebelum mengalami kecederaan ligamen lutut (ACL).

Kecederaan serius itu memaksanya berehat panjang untuk baki musim ini, sekali gus memburukkan lagi rekod kecederaan yang sering menghantui kerjayanya.

Menurut sumber dalaman bola sepak Itali, Fiorentina menamatkan kontrak Lamptey berkuat kuasa serta-merta.

Masalah kecederaan itu dilaporkan menjadi punca utama di sebalik keputusan drastik kelab berkenaan untuk menamatkan kerjasama mereka.

Kecederaan itu juga hampir pasti menutup peluang Lamptey untuk terpilih mewakili Ghana dalam Piala Dunia bulan depan.

Terdahulu, Lamptey pernah mewakili negaranya dalam edisi 2022, di mana Ghana tersingkir seawal peringkat kumpulan.

 

Must Watch Video