Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Kelebihan JDT aspek serangan, KL City tumpul depan gawang -- Rudie Ramli

ja

Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak pernah mengenali erti puas apabila terus memperagakkan keazaman tinggi untuk memburu gelaran quadruple buat musim keempat berturut-turut.

Hasrat besar itu kembali menjadi bualan menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia yang menyaksikan skuad Harimau Selatan berdepan Kuala Lumpur (KL) City untuk ulangan aksi final 2021.

Advertisement

Bekas penyerang kebangsaan, Rudie Ramli, mengakui peluang JDT untuk melengkapkan koleksi empat trofi musim ini cukup cerah berdasarkan prestasi konsisten dan kualiti skuad yang dimiliki ketika ini.

Menurut pemain yang pernah beraksi di Jerman bersama kelab SV Wehen, kelebihan 'Squad Depth' yang berpengalaman di pentas besar serta mentaliti kemenangan menjadi ramuan utama yang membezakan JDT dengan pencabar lain.

 

 

 

"Memang betul JDT memang mendahagakan apa yang mereka lakukan, berdasarkan rekod mereka di kelas tersendiri.

"Dalam tempoh 90 minit macam-macam boleh berlaku dan beraksi di tempat lawan, momentum itu mereka akan teruskan.

"Tetapi adakah pemain boleh saingan skuad KL yang juga mahu ke final, saya jangkakan esok pertembungan yang sengit.

"Tumpuan adalah kepada skuad JDT serta corak permainan mereka, mereka juga bekerja keras.

"Jika dilihat dalam dua aksi sebelum ini buat pasukan KL City, jurang jaringan buat pasukan KL tidak besar.

"Kelebihan JDT adalah aspek serangan, ketumpulan KL pula daripada segi menjaringkan gol. Kita harap pertahanan KL mampu beraksi dengan baik kerana kualiti pemain JDT serta pemain simpanan berpotensi jaringkan gol." katanya yang pernah menjuarai Piala FA 2009.

 

Must Watch Video