Skip to main content

Bola Sepak

Tragedi! Tumbuk, terajang cetus suhu panas -- Tak terima kekalahan tersingkir

Fenerbahce

Keraian bertukar provokasi. Kekalahan bertukar kemarahan.

Buat kali pertama selepas 17 tahun, Fenerbahce berjaya melayakkan diri ke fasa akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) susulan menumpaskan Olympique Lyonnais dengan kemenangan agregat 3-2 di tempat lawan awal pagi tadi.

Kelab Turkiye itu yang dibarisi bintang terkenal seperti Mason Greenwood, N'Golo Kante, Nathan Aké dan Ederson sudah semestinya menjadi pilihan berbanding tuan rumah, namun tragedi sebaik wisel penamat dibunyikan menjadi topik utama berita seluruh dunia.

Lyon yang menjaringkan gol pada minit ke-61 oleh Malick Fofana gagal mengatasi kelebihan pelawat, sekali gus tersingkir dalam playoffs mencetuskan kemarahan peminat tempatan.

Situasi bertukar tegang apabila Matteo Guendouzi menyambut pencapaian gemilang itu dengan cara tersendiri, namun didakwa melakukan provokasi sehingga menimbulkan pergaduhan antara pemain dan peminat.

Keadaan menjadi lebih serius tatkala barisan kejurulatihan turut masuk campur dan saling berbalas tumbukan.

Menuju bilik persalinan, peminat pula turun menyerang Guendouzi dengan sepakan sebelum rakan sepasukan melindunginya dan membalas pukulan yang gagal dikawal pihak keselamatan. 

Dalam satu temu bual, dia mendedahkan bahawa penyokong Lyon mengecam dirinya melibatkan keluarga sepanjang 90 minit. Guendouzi bertindak melakukan psikologi selepas meraih kemenangan berharga itu. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement