Tempoh lima hari paling sukar buat Kuala Lumpur (KL) City apabila mengalami isu kekurangan pemain sejak minggu pertama Liga Super minggu lalu sehingga didenda oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menghadiahkan kemenangan percuma buat Negeri Sembilan kerana kegagalan menguruskan urusan pendaftaran pemain lebih awal menentang kelab itu.
Dan kesusahan itu berterusan semalam tatkala terpaksa turun dengan hanya 10 pemain dengan satu penggantian di bangku simpanan bertemu Kuching City yang berkesudahan tewas besar 0-6 di Cheras.
Belum sampai 24 jam skuad Warga Kota menerima khabar gembira menjelang perlawanan seterusnya.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memuat naik laporan terkini apabila juara Piala Malaysia 2021 itu akhirnya bebas daripada sekatan perpindahan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sekali gus membolehkan kelab ibu kota itu menandatangani pemain lain.
🚨🚨🚨Transfer ban clear!
Presiden KLFA Syed Yazid Syed Omar ‘selamatkan’ KL City dengan pembayaran RM1.1 juta untuk selesaikan tunggakan gaji lama, membolehkan mereka bebas daripada sekatan perpindahan FIFA sekalipun kelewatan menyebabkan The City Boys kekurangan pemain dalam… pic.twitter.com/9dmle9RlOu— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 26, 2026
Pembayaran sebanyak RM1.1 juta menjadi penyelamat untuk menyelesaikan tunggakan gaji lama.
Dengan ini, beberapa muka baharu yang sudah diumumkan oleh KL City sebelum ini berpotensi menghiasi senarai pasukan pada perlawanan akan datang.
Ahmad Hazwan Bakri, Syafiq Ahmad dan beberapa tonggak lain bakal melakukan penampilan selepas ini.