Feyenoord tidak akan membenarkan penyokong menghadiri dua perlawanan di tempat lawan selepas peminat melepaskan bunga api yang mencederakan tujuh orang pada aksi terdahulu bertemu Cambuur Leeuwarden Ahad lalu.
Feyenoord melarang peminat mereka daripada memasuki kawasan pelawat di NEC Nijmegen dan PEC Zwolle bulan depan.
Feyenoord neemt de komende twee uitwedstrijden in de Eredivisie geen eigen supporters mee. De clubleiding heeft hiertoe besloten naar aanleiding van het veelbesproken en volslagen onacceptabele vuurwerkincident in Leeuwarden van afgelopen zondag. Dit betekent dat het team van… pic.twitter.com/FQcf09e9ja
— Feyenoord Rotterdam (@Feyenoord) August 26, 2026
Kelab Belanda itu menghadapi denda yang berat atas insiden di Leeuwarden kerana penyokong tuan rumah mengalami kecederaan melecur, kerosakan pendengaran dan kecederaan mata, dengan perlawanan dihentikan selama kira-kira 20 minit pada separuh masa pertama, selepas peminat pasukan itu menyalakan sejumlah besar suar merah dan melontar bunga api.