Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Faisal Halim, Chrigor Moraes bawa Selangor mara ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

se

Selangor mengesahkan slot ke suku akhir selepas menewaskan Kelantan TRW 3-0 (agregat 5-1) dalam aksi timbal balik pusingan 16, Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Anak buah Kim Pan-gon terlebih dahulu membuka tirai jaringan terlebih dahulu pada minit ke-19 selepas Chrigor Moraes mudah menampan masuk bola hantaran Zikri Khalili.

Advertisement

Ketika kedua-dua pasukan hampir masuk ke bilik persalinan, Faisal Halim menggandakan jaringan buat Selangor untuk menutup babak kedua untuk Selangor selesa mendahului 2-0.

 

 

 

Ketika skuad Kelantan dalam usaha merapatkan desifit jaringan, hantaran Abualnadi menjerat pertahanan pasukan pelawat sekali gus menyaksikan kelincahan Chrigor menjadi duri dalam daging untuk skuad Gergasi Merah selesa mendahului 3-0 meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Harith Haiqal dilayangkan kad merah.

Keputusan itu kekal hingga wisel penamat untuk Selangor meneruskan cabaran dalam saingan Piala Malaysia dan mara ke pusingan suku akhir.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi menyaksikan Terengganu selangkah mara ke suku akhir selepas mendahului UM-Damansara 3-0 ketika ini.

Must Watch Video