Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Cheras panas! KL City perlu sehingga 120 minit untuk menang ke atas Perak FA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

KL

Satu persembahan bertenaga oleh Kuala Lumpur (KL) City apabila berjaya menempah tiket ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Perak FA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Satu aksi penuh dramatik tatkala permainan diheret ke masa tambahan selepas jaringan sepakan percuma Penjaring Terbanyak kelab itu, Paulo Josue, menyamakan kedudukan agregat 2-2 pada minit ke-88.

Advertisement

Terdahulu, bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid, merapatkan jurang 1-0 menerusi sepakan penalti.

Strategi bertahan oleh kelab Liga A1 Semi-Pro itu tidak menjadi apabila menerima asakan bertali arus oleh tuan rumah sehingga merekodkan hampir 25 percubaan ke arah gawang.

The City Boys seakan menerima tonik berharga apabila terus melancarkan serangan berbahaya pada permulaaan masa tambahan.

Bekas penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Nicolao Cardoso, akhirnya menjadi wira skuad kendalian Risto Vidakovic selepas tandukannya menyingkirkan Perak daripada kejohanan berprestij itu musim ini. 

Aksi kelihatan tegang dengan kedua-dua barisan kejurulatihan bertikam lidah pada lewat permainan, namun sebab sebenar tidak diketahui. 

Perak FA sah bermain dalam Challenge Cup. 

Must Watch Video