"Dia perlu percaya pada diri sendiri"
Jurulatih interim negara, Tan Cheng Hoe, mendedahkan rahsia disebalik kebangkitan G. Pavithran dalam pertemuan menentang Laos di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.
Ia menyaksikan kata-kata azimat yang disemat Cheng Hoe kepada Pavithran menjadi pemangkin semangat buat ubi muda Johor Darul Ta'zim (JDT) itu untuk membantu Harimau Malaya mengaum garang dengan kemenangan 4-0.
"Pavithran pemain yang berpotensi untuk masa akan datang, sebagai jurulatih perlu memberikan dia garis panduan, suntik keyakinan, menggalakkan dia untuk lebih berani, apa sahaja arahan dia lakukan dengan baik.
"Dia perlu percaya diri, perlawanan ke perlawanan ada penambahbaikan, dia perlukan pemain berpengalaman untuk membantu dirinya selain saling berkomunikasi." kongsi Cheng Hoe.
Untuk rekod, pemain berusia 21 tahun itu diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan malam tadi selepas melakukan dua bantuan jaringan.