Kemenangan Selangor ke atas seteru setempat, Kuala Lumpur (KL) City, dicemari dengan insiden pergaduhan di luar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi?
Satu video yang tular di media sosial difahamkan memaparkan insiden sekumpulan penyokong berlari meninggalkan perkarangan venue, namun tiada maklumat lanjut mengenai perkara ini.
Setakat ini, belum ada informasi sahih atau apa-apa provokasi mahupun pergaduhan berlaku.
Gergasi Merah meraih kemenangan 3-0 menewaskan The City Boys menerusi jaringan A. Selvan, Chrigor Moraes dan Eduardo Sosa.