Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva dan Brad Tapp, layak menyarung jersi Harimau Malaya.
FAM menerima pengesahan tersebut selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selesai membuat semakan terhadap status kelayakan kedua-dua pemain berkenaan berdasarkan peraturan dan peruntukan yang ditetapkan.
Tapp yang dianggap menerusi status pemain warisan kelahiran Malaysia-Australia itu bakal merebut posisi pertahanan, sambil Bergson yang sudah memenuhi kriteria naturalisasi beraksi di Malaysia sejak 2021.
Namun, susur galur Tapp belum didedahkan setakat ini.
Berita baik buat skuad kebangsaan itu mendapat perhatian seluruh dunia dengan wartawan antarabangsa turut memaklumkan perkhabaran itu di media sosial.
Sementara itu, status dua lagi pemain Harimau Selatan iaitu Manuel Hidalgo dan Shane Lowry masih dalam proses semakan serta pengesahan oleh FIFA dan FAM masih menunggu keputusan rasmi daripada badan induk bola sepak dunia tersebut.
Ia satu perkembangan menarik buat jurulatih sementara negara, Tan Cheng Hoe, sebagai persiapan untuk menghadapi Kejohanan Bolasepak Piala FIFA ASEAN bulan ini.