Jurulatih Thailand, Anthony Hudson, memberikan pandangan Harimau Malaya tetap pasukan 'berbahaya' meskipun kehilangan tonggak Utama, Endrick Dos Santos, Ketika aksi bertemu Thailand malam tadi.
Anak buah Tan Cheng Hoe terpaksa akur tewas 0-2 hasil jaringan Yotsakorn Burapha menerusi sepakan penalti dan gol Teerasak Poeiphimai dalam saingan Kumpulan B, Piala Hyundai ASEAN 2026 di Stadium Rajamangala.
"Saya rasa Malaysia pasukan yang berbahaya. (Meskipun kehilangan tonggak) penting dan beraksi tanpa Endrick dos Santos yang telah mengubah permainan (buat Malaysia) tapi banyak pemain dalam perlawanan ini mempunyai kemahiran individu yang baik.
"Ini termasuk kelajuan yang baik, pergerakan yang baik dan (memiliki banyak) tenaga." kongsinya.
Malaysa bakal turun berdepan Filipina di Cheras dalam aksi seterusnya dengan misi wajib menang sekiranya ingin mara ke pusingan seterusnya pada Sabtu depan.