Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: JDT tepati ramalan ke final atasi Kuching City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Bergson

Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila melayakkan diri ke final Piala FA dengan mengatasi Kuching City 2-0 dalam aksi separuh akhir kedua di Iskandar Puteri sebentar tadi.

Kuching tewas 1-2 kepada Harimau Selatan dalam aksi pertama di Stadium Negeri Sarawak awal bulan ini dan mereka jelas kelihatan bergelut untuk mengekang asakan JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisement

Selepas asakan bertali arus, ayam tambatan, Bergson da Silva, akhirnya membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-26 menerusi penyudah kaki kirinya.

JDT kemudian menambah satu lagi gol menuju ke penghujung permainan, kali ini menerusi tolakan Eddy Israfilov selepas menerima lintangan Samu Castillejo.

Keputusan itu menyaksikan Harimau Selatan layak ke final dengan agregat 4-1.

 

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video