Skip to main content

Bola Sepak

Tarik diri pencalonan Presiden FAM -- Hamidin berkorban demi...

Hamidin

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan senarai calon yang telah disahkan bertanding dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi baki penggal 2025-2029, yang akan berlangsung pada Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026 pada 17 September ini.

Tumpuan juga terarah kepada kerusi presiden di mana tiada nama bekas penyandang sebelum ini, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, merebut kembali posisi itu sebaliknya hanya dua nama disenaraikan iaitu Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, menentang Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Hamidin yang ketika ini merupakan Presiden Kehormat FAM memberi laluan kepada muka baharu demi masa depan bola sepak negara secara menyeluruh sambil mahu melihat FAM terus kukuh, bersatu dan mendapat kembali keyakinan seluruh rakyat Malaysia terutamanya penyokong dan peminat bola sepak.

"Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya lakukan, lebih-lebih lagi apabila saya dilaporkan menerima pencalonan tertinggi dan sokongan majoriti daripada sebahagian besar ahli gabungan FAM.

"Justeru, saya ingin memohon maaf dengan setulus hati kepada semua ahli gabungan FAM dan para penyokong bola sepak Malaysia yang telah memberikan kepercayaan serta sokongan kepada saya.

"Saya tidak mahu sesi pemilihan ini menjadi punca perpecahan dalam kalangan ahli gabungan FAM atau menjejaskan usaha FAM untuk melaksanakan agenda pembaharuan dan pembangunan bola sepak negara.

"Apa yang lebih penting bagi saya sekarang adalah memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan dengan baik dan kepimpinan seterusnya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha membina masa depan bola sepak negara.

"Kepada semua ahli gabungan FAM dan penyokong Harimau Malaya, terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan kasih sayang yang telah diberikan kepada saya selama ini. Sekali lagi, saya memohon maaf sekiranya keputusan ini mengecewakan mana-mana pihak," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement