Sabah mengikat Selangor 2-2 dalam perlawanan pertama, pusingan 16, Piala FA Malaysia di Stadium Likas, sebentar tadi.
Skuad The Rhinos terlebih dahulu mendahului menerusi tandukan Dane Ingham ke penjuru gawang Selangor menewaskan Kalamullah Al-Hafiz pada minit ke-33, namun Kay Tejan menyamakan kedudukan selang satu minit kemudian untuk menutup babak pertama dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Masuk babak kedua, anak buah Kim Pan-gon tidak menunggu lama untuk menggandakan jaringan selepas rembatan kencang Chrigor Moraes menerjah gawang Sabah untuk pasukan pelawat mendahului 2-1.
Begitupun, Halim Saari memastikan Sabah mengikat kembali kedudukan selepas rembatannya menewaskan Kalamullah sekali lagi.
Skuad Gergasi Merah terpaksa akur bermain dengan 10 pemain selepas Safuwan Baharuddin dilayangkan kad merah selepas pengadil perlawanan mendakwa dia melakukan kekasaran terhadap Di Renzo.
90 minit pertama di Likas berakhir dengan Selangor dan Sabah terikat 2-2.
Aksi timbal balik akan berlangsung pada Rabu depan.