Skuad Harimau Malaya akan meneruskan saingan edisi perdana Piala ASEAN FIFA 2026 dalam perlawanan penentuan ketiga/keempat berdepan Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno, Isnin ini.
Vietnam muncul naib juara Kumpulan B selepas menewaskan Pakistan 4-2 di GBK sebentar tadi untuk mengumpul enam mata secara keseluruhan.
Selepas skuad kebangsaan terlepas peluang mara ke final kerana faktor kelebihan jumlah jaringan, mampukah Malaysia bangkit melakar kemenangan sekali gus menamatkan saingan di kedudukan ketiga?
Ayuh saksikan perjuangan Harimau Malaya!