Skip to main content

Sukan Asia

‘He’s special, you’re lucky, Malaysia’ -- Beasley beri penghormatan buat Azizulhasni

‘He’s special, you’re lucky, Malaysia’ -- Beasley beri penghormatan buat Azizulhasni
Advertisement

'He’s special, you’re lucky, Malaysia', itulah ucapan penuh makna John Beasley buat Malaysia ketika jurulatih kelahiran Australia itu menghampiri hari-hari terakhirnya bersama skuad berbasikal trek kebangsaan.

Beasley menegaskan kemenangan magis Datuk Azizulhasni Awang dalam acara keirin Sukan Asia Aichi-Nagoya tidak mengubah keputusannya untuk tidak menyambung kontrak yang akan berakhir pada 31 Januari tahun depan.

Advertisement

Selepas lebih dua dekad menabur bakti bersama skuad kebangsaan, Beasley bakal membuka lembaran baharu apabila menyertai skuad Jepun yang dibimbing bekas pelumbanya, Jason Niblett.

Namun, hubungan yang terjalin bersama Azizulhasni sepanjang kariernya di Malaysia jelas jauh lebih besar daripada sekadar hubungan antara jurulatih dan atlet.

Advertisement

“Azizulhasni seorang yang sangat profesional kerana memastikan dirinya sentiasa dalam tahap terbaik. Saya tidak pernah melihat atlet yang lebih profesional berbanding Azizulhasni.

“Dia sentiasa mencari jalan untuk menang. Dia cukup istimewa dan Malaysia, anda cukup bertuah,” katanya.

Beasley turut mengakui akan terus menyokong Azizulhasni walaupun selepas meninggalkan skuad negara, malah berharap dapat berada di Los Angeles pada 2028 untuk menyaksikan anak didiknya itu mengakhiri karier di pentas Olimpik.

“Walaupun menyertai skuad Jepun selepas ini, saya berharap akan berada di LA2028 untuk meraikan kemenangan Azizulhasni.

“Walaupun menyarung jersi yang berbeza, saya akan tetap memberikan sokongan kepadanya. Dia umpama anak saya sendiri. Dia akan sentiasa menjadi anak saya dan hanya keluarga mampu memahaminya,” katanya.

Kejohanan Dunia di Shanghai bulan ini pula bakal menjadi tugasan terakhir Beasley bersama skuad berbasikal trek kebangsaan selepas perjalanan panjang yang menyaksikan beliau membentuk antara generasi terbaik Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video