Ketua Pegawai Operasi Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Heimo Schirgi berkata Piala Dunia 'terlalu besar' untuk ditangguhkan dan kejohanan itu tetap akan diteruskan seperti yang dirancang biarpun konflik masih berterusan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat susulan ketidaktentuan penyertaan skuad kebangsaan Iran berikutan konflik peperangan yang sedang melanda antara Iran dengan Amerika Syarikat (AS) - I***el.
Advertisement
“Pada satu tahap nanti kita akan menemui penyelesaian dan Piala Dunia tetap akan diteruskan.
Kejohanan ini terlalu besar, dan kami berharap semua pasukan yang layak dapat mengambil bahagian,” katanya.
Menurut Schirgi, FIFA sedang memantau situasi tersebut secara rapat dan bekerjasama dengan rakan persekutuan serta antarabangsa bagi menilai perkembangan semasa.
Iran yang layak ke kejohanan menerusi kelayakan Konfederasi Bola Sepak Asia dijadualkan beraksi dalam Kumpulan G bersama Belgium, New Zealand dan Mesir.
Edisi tahun ini dijangka menjadi Piala Dunia terbesar dalam sejarah dengan 48 negara bertanding di tiga negara tuan rumah iaitu AS, Mexico dan Canada.