Skip to main content

Berbasikal

Pandangan Fatehah Mustapha tentang peluang pelapis berbasikal trek negara

ll
Advertisement

Olimpian berbasikal trek negara yang kini merupakan jurulatih Selangor, Fatehah Mustapha, berharap peralihan skuad negara dari era John Beasley dapat memberikan lebih banyak peluang buat atlet yang dibangunkan di peringkat negeri.

Ini melihat kepada prestasi memberangsangkan atlet remaja yang dibangunkan persatuan berbasikal negeri, dan berharap mereka dapat meneruskan usaha membawa atlet-atlet muda untuk cuba bersaing di peringkat tertinggi kelak.

Advertisement

"Atlet saya mencapai sasaran dalam Sukma (Sukan Malaysia).

"Untuk memasuki peringkat elit kebangsaan, itu terpulang kepada (pasukan kebangsaan) Malaysia yang perlu mengubah dan membuatkan atlet remaja ini kekal dalam elit.

Advertisement

"Itulah program dan perancangan kejurulatihan Malaysia.

"Pihak kami hanya melahirkan pelapis hingga ke peringkat Sukma, selebihnya kepada pihak pasukan kebangsaan," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.

Fatehah juga berharap pelumba-pelumba era baharu lebih-lebih lagi remaja, tukar mentaliti mereka kepada tahap yang lebih tinggi selain, perlu menjadikan Sukan Olimpik sebagai sasaran sebenar dan bukan sekadar tertumpu di peringkat ASEAN.

"Untuk dapatkan mentaliti itu, kita tak semestinya ikut orang.

 


"Dengan usaha sendiri pun, kita boleh berada di atas. Itu atas kehendak masing-masing dan semangat mereka dalam sukan ini.

"Atlet harus ada matlamat yang lebih tinggi hingga ke peringkat Sukan Asia dan Sukan Olimpik, berbanding sekadar Sukma," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video