Skip to main content

Boling

Ahmad Muaz Fishol bersara, beralih ke dunia kejurulatihan

Ahmad Muaz Fishol bersara, beralih ke dunia kejurulatihan
Advertisement

Selepas 16 tahun menjadi antara tonggak tenpin boling negara, Ahmad Muaz Fishol memilih untuk menutup perjalanan sebagai atlet dan membuka lembaran baharu dalam kariernya, kali ini sebagai jurulatih.

Muaz mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan pada Khamis lalu, sekali gus menamatkan perjalanan panjang sebagai atlet yang menyaksikan dia mencipta pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa.

Advertisement

Namun, keputusan itu bukan bermakna anak kelahiran Pulau Pinang berkenaan akan meninggalkan dunia boling sepenuhnya.

Sebaliknya, Muaz bakal memulakan tugas sebagai penolong jurulatih sebuah pasukan kebangsaan yang berada dalam kelompok empat terbaik dunia bermula bulan depan, sekali gus membuka ruang untuk berkongsi pengalaman serta kepakarannya dari perspektif berbeza.

Advertisement

Muaz mengakui keputusan untuk bersara bukan sesuatu yang mudah, namun selepas mengambil kira masa depan dan berbincang bersama keluarga, dia berasakan inilah masa terbaik untuk beralih daripada gelanggang pertandingan ke bidang kejurulatihan.

“Keputusan untuk bersara ini bukan mudah, namun saya memikirkan masa depan dan berbincang dengan keluarga. Saya berasa ini adalah masa terbaik untuk menamatkan karier sebagai atlet dan bergelar jurulatih,” katanya.

Sepanjang 16 tahun bersama skuad kebangsaan, Muaz memainkan peranan penting dalam beberapa pencapaian bersejarah tenpin boling negara.

Antara detik paling bermakna ialah kejayaan membantu skuad lelaki Malaysia meraih kejuaraan sulung Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Kowloon, Hong Kong, tahun lalu.

Muaz turut menjadi sebahagian daripada trio lelaki negara yang memenangi pingat perak pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Dalam kategori individu pula, Muaz pernah muncul juara Terbuka Indonesia 2016 dan Terbuka Malaysia 2019, selain membuktikan keupayaannya masih berada pada tahap kompetitif apabila menjuarai Terbuka Hong Kong 2026.

Kini, selepas sekian lama memburu kejayaan di lorong boling sebagai pemain, Muaz bersedia menyahut cabaran baharu untuk membantu membentuk generasi atlet seterusnya.

Persaraannya bukan noktah kepada perjalanan dalam sukan itu, sebaliknya permulaan kepada misi baharu untuk menyumbang kepada pembangunan boling dari sisi kejurulatihan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video