Skip to main content

Berbasikal

Piala Dunia Berbasikal Trek: Anis Amira kerah kudrat galas peranan lebih besar

xc

Peralihan peranan dan tanggungjawab Anis Amira Rosidi dalam skuad pecut berpasukan elit menjelmakan karisma dan aura kepimpinan dalam dirinya hingga diangkat untuk mengetuai trio srikandi negara itu memperbaharui rekod kebangsaan dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) bulan lalu.

Anis Amira menjadi sebahagian sejarah skuad pecut berpasukan bersama Nurul Izzah Izzati Asri dan Nur Alyssa Farid yang merekodkan kepantasan 48.652 saat dan membantu kem negara mengekalkan kilauan pingat perak ACC.

Advertisement

"Peralihan sebagai pelumba pertama menuntut saya lebih berdaya pecut untuk mencipta kepantasan buat pelumba kedua," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, di Nilai hari ini.

Trio tersebut sedang berada di kemuncak prestasi menjelang saingan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Nilai dari 24 hingga 26 April hadapan.

Kejohanan ini merupakan salah satu pusingan utama dalam siri UCI yang menyaksikan pelumba terbaik memburu slot kejohanan dunia serta persiapan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Selaku taruhan utama dalam trio pecut berpasukan, Anis Amira dikerah untuk meningkatkan jisim otot demi mencapai kelajuan impak maksima.

"Saya perlukan 2kg lagi untuk mencapai (berat badan ideal) 70kg setelah menaikkan berat badan daripada 64kg.

"Selain itu saya perlu kawal gemuruh dan fokus dari langkah perlumbaan lagi.

"Selepas dua tahun bergandingan dan walaupun melakar catatan yang bagus serta pernah memenangi dua medal, gandingan ini masih dianggap baharu," katanya.

 

Must Watch Video