Terdapat dua insiden berlaku dalam satu masa mengakibatkan orang ramai mula mempertikai penganjuran Piala Dunia edisi kali ini apabila jelas membahayakan keselamatan pemain dan peminat.
Kira-kira sembilan individu cedera dalam satu adegan tembakan berhampiran kem latihan England di Bandar Kansas, Missouri dengan pegawai keselamatan memaklumkan tiada suspek ditahan.
๐จ ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก๐: A shooting has taken place near Englandโs World Cup base in Kansas City.
Nine people have reportedly been injured.
โ @TheAthletic pic.twitter.com/LcFF2rRjmfโ The Touchline | ๐ (@TouchlineX) June 7, 2026
Untuk makluman, ia adalah lokasi yang berdekatan dengan pusat latihan The Three Lions yang digunakan sepanjang kejohanan tersebut.
Satu lagi berita merisaukan adalah pihak rasmi Switzerland melaporkan amaran berbahaya apabila menjumpai beberapa ekor ular berbisa berdekatan dengan penginapan kem kebangsaan itu.
๐จ ๐๐ฟ๐ฒ๐ฎ๐ธ๐ถ๐ป๐ด:
The Swiss FA has issued an official warning over venomous snakes found near the teamโs accommodation in San Diego, California. ๐จ๐ญ๐
The federation considers the situation unacceptable and is now looking for an alternative base before the World Cup ๐คฏโ. pic.twitter.com/iSw39I0R2Bโ KinG ยฃ (@xKGx__) June 7, 2026
Sudah pasti ia bakal menjejaskan persiapan negara ranking ke-19 dunia tatkala melancarkan langkah berjaga-jaga bagi menghindari sebarang situasi tidak baik berlaku.
Dengan permasalahan lain seperti konflik negara antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), tahap padang yang tidak memuaskan serta suhu yang tidak menentu menjadi antara sebab-sebab utama peminat mula memandang serong dengan Piala Dunia kali ini.