Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Wanita China menangis, cubit Cristiano Ronaldo

CR7

Akhbar China, Shanghai Daily, melaporkan seorang peminat wanita dari China berkongsi detik tidak terlupakan apabila terserempak dengan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, di dalam sebuah lif di Toronto.

Menerusi hantaran yang tular itu, dia mendedahkan Ronaldo telah membawanya ke laluan tangga keselamatan dan memintanya supaya tidak menangis akibat terlalu teruja.

Peminat bertuah itu sempat memeluk Ronaldo sebanyak tiga kali dan mencubit bintang tersebut sekali bagi memastikan situasi itu bukan satu mimpi.

Dia turut menitipkan kata-kata semangat kepada kapten Portugal itu dengan berkata: "Sentiasa menjadi diri sendiri dan nikmati permainan anda."

Lebih menyentuh hati, apabila mereka mahu berpisah, Ronaldo dilaporkan tetap menunggu di situ sehingga pintu rintangan api tertutup sepenuhnya sebelum dia berjalan pergi.

Hantaran yang dimuat naik di aplikasi RedNote itu kini meraih perhatian luar biasa dengan mendapat lebih 100,000 tanda suka (likes).

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video