Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Rekod! Jumlah kekasaran paling sedikit, penjaga gol tertua punca Sepanyol naik angin

Vozinha

27 percubaan yang sia-sia buat Sepanyol.

Penjaga gol veteran Cape Verde, Josimar Jose Evora Dias, atau dikenali Vozinha tidak dapat menahan sebak selepas menjadi wira negaranya dalam keputusan seri 0-0 menentang skuad kendalian Luis de la Fuente itu yang dianggap antara kejutan terbesar Piala Dunia 2026 setakat ini.

Lebih manis, aksi hebatnya turut mendapat perhatian peminat bola sepak seluruh dunia sehingga namanya menjadi tular di media sosial dalam tempoh beberapa jam selepas perlawanan.  

Berdasarkan statistik permainan, juara edisi 2010 itu mencatatkan penguasaan 75 peratus (%), namun gagal mencipta jaringan hasil kecemerlangan Vozinha menafikan setiap peluang.

Sebagai pasukan pertama kali beraksi dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu, Cape Verde kini menjadi bualan dunia!

Dan, lebih membanggakan ini adalah jumlah kekasaran paling sedikit yang pernah direkodkan oleh sesebuah pasukan dalam perlawanan Piala Dunia.

Tahukah anda? Vozinha merupakan pemain yang berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam penampilan sulungnya -- melakukan tujuh penyelamatan penting menentang Sepanyol pada usia 40 tahun. Antara yang tertua untuk posisi itu selain bintang Jerman, Manuel Neuer.

Vozinha kekal menjadi tembok kebal pasukannya selain beberapa tangkapan kemas ketika Sepanyol menggandakan tekanan, termasuk selepas kemasukan bintang muda, Lamine Yamal, pada babak kedua.  

Selepas ini, Cape Verde akan bertemu Uruguay dan Arab Saudi bagi aksi seterusnya Kumpulan H. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Must Watch Video