Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-17: Komen Shukor Adan mengenai ketumpulan penyudah anak buah

ll
Advertisement

Ketua jurulatih skuad B-16 negara, Shukor Adan, mengakui lega apabila pasukannya merealisasikan misi tiga mata sulung dalam saingan peringkat kumpulan, kempen kelayakan Piala Asia B-17 selepas menewaskan jiran tetangga, Singapura.

Meskipun menang, Shukor mengakui masih banyak aspek yang perlu diperbaiki Harimau Muda, terutama ketajaman penyudah menyempurnakan deretan peluang terhidang yang diraih sepanjang perlawanan.

Advertisement

Jelasnya, pujian wajar diberikan kepada pasukannya yang pamer semangat juang tinggi meskipun diberi tentangan hebat lawan.

Bekas kapten Harimau Malaya itu percaya kemenangan yang dilakar malam tadi itu mampu memberi suntikan semangat buat barisannya menjelang aksi seterusnya menentang Guam pada Selasa depan.

Advertisement

"Kelemahan kami adalah (tentang) bagaimana untuk sumbat bola ke dalam gol.

"Daripada perlawanan pertama lagi, kami mengawal hampir keseluruhan permainan dan hari ini, daripada segi statistik pun kami melancarkan 10 serangan dan lapan daripada tepat ke sasaran.

"Kami sudah bincang dan cuba perbaiki (kelemahan penyudah) dalam latihan tapi kalau sudah rezeki pada minit-minit akhir tetap Allah SWT aturkan.

"Kerja keras pemain harus diberikan pujian.

 

 

 

 

"Kami tidak boleh selesa walaupun menang ke atas Singapura esok. Kami akan buka buku baharu untuk lawan Guam. (Usah) pedulikan hiraukan keputusan pasukan lain dan yang penting pemain beri komitmen hingga perlawanan terakhir," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.


Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Malaysia terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Saifullah Mahruzi sebelum Izzan Rifqi Farid menyamakan kedudukan menuju rehat babak pertama.

Penyerang gantian, Fahim Akmal Zulkarnain, muncul wira skuad negara apabila tenang memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan Singapura untuk meledak jaringan kemenangan pada minit ke-89 perlawanan.

Ketua jurulatih Singapura, Ashraf Ariffin, akur apabila pasukannya gagal untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata, sekali gus menutup rapat peluang mereka layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam tiga perlawanan.

"Pastinya kami kecewa tidak mencapai kemenangan tapi secara keseluruhan permainan seimbang dan kami beraksi dengan kompetitif tetapi kekurangan dalam beberapa aspek.

"Kedua-dua pasukan saling bersaing sengit," katanya pula. 
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video