Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Ranking pasukan nombor satu dunia terus jatuh, tiga kali separuh akhir tewas dengan Sepanyol

Mbappe

Buat kali pertama dalam tiga edisi sejak 2018, Perancis tidak berjaya mara ke perlawanan akhir selepas tewas 0-2 di tangan juara Euro 2024, Sepanyol, dalam separuh akhir di Dallas, awal pagi tadi.

Malah, bintang Real Madrid, Kylian Mbappe, turut tidak berhasil ke final dalam penampilan ketiganya dalam Piala Dunia.

Ia, sekali gus menyaksikan La Roja menamatkan penantian 16 tahun untuk melangkah ke final selepas kali terakhir pada edisi 2010.

Lebih mengejutkan, ini merupakan separuh akhir ketiga juara 2018 itu terpaksa akur kepada Sepanyol. Perancis telah kalah dalam separuh akhir Euro 2024, separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) 2025 dan terbaru separuh akhir Piala Dunia 2026. Semuanya tewas kepada lawan yang sama.

Dengan kekalahan itu, ia menyaksikan kedudukan Les Blues bertukar. Ketika ini, skuad kendalian Didier Deschamps itu turun satu anak tangga apabila berada di tempat kedua ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berbanding minggu lalu selaku penyandang nombor satu.

Giliran Sepanyol memintas carta dan berada di tempat pertama ranking bola sepak dunia.

Menanti bekas juara 2010 itu sama ada England atau Argentina pada 20 Julai ini. Sementara Perancis bakal membuat perhitungan bagi tempat ketiga bagi edisi ke-23 itu.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video