Skip to main content

Olimpik

Jefri yakin Sivasangari, Ng Eain Yow mampu cipta sejarah di LA2028

Jefri yakin Sivasangari, Ng Eain Yow mampu cipta sejarah di LA2028
Advertisement

Malaysia terus menyimpan harapan untuk menamatkan penantian emas Olimpik, dengan skuad skuasy antara prospek utama yang dilihat mampu mencipta sejarah di Los Angeles 2028.

Jefri menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi akan terus diberikan kepada barisan atlet negara yang sedang membuat persiapan menuju temasya berprestij itu.

Advertisement

Beliau percaya dua atlet skuasy negara, Ng Eain Yow dan S. Sivasangari, yang sudah melayakkan diri ke LA2028, mempunyai potensi besar untuk menjadi antara penyumbang pingat emas sulung Malaysia di pentas Olimpik.

Keyakinan itu hadir selepas skuasy mencipta pencapaian membanggakan dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara sukan yang mampu membawa cabaran negara di pentas tertinggi.

Advertisement

“Tahniah kepada Azizulhasni atas kejayaan meraih pingat emas acara keirin.

“Tidak terlupa dua pingat emas yang diraih dalam Sukan Asia kali ini menerusi sukan skuasy. Mereka memiliki potensi besar untuk meraih pingat di LA2028,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia sudah mengumpul lapan pingat perak dan tujuh gangsa sepanjang penyertaan di Sukan Olimpik.

Badminton menjadi penyumbang terbesar dengan enam pingat perak dan lima gangsa, namun kilauan emas masih belum menjadi milik negara.

Justeru, LA2028 membuka satu lagi peluang buat kontinjen negara untuk akhirnya memecahkan kebuntuan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video