Lionel Messi muncul pemain pertama yang memulakan perlawanan dalam tiga perlawanan akhir Piala Dunia 2026 ketika Argentina turun mempertahankan trofi berdepan Sepanyol.
Messi, 39, juga merupakan pemain tertua yang tampil dalam perlawanan akhir Piala Dunia yang menyaksikan Albicelste terikat tanpa jaringan dengan La Roja di Stadium New York New Jersey, sebentar tadi.
Legenda Brazil, Cafu, sebelum ini beraksi dalam tiga final berturut-turut di antara kempen 1994 dan 2002, tetapi tidak berada dalam barisan utama ketika muncul juara edisi 1994.
Bintang Inter Miami itu telah pun membuktikan kemampuannya dalam kempen setakat ini setelah mencatatkan lapan gol dan empat bantuan gol untuk perebutan Kasut Emas.