Penggempur China, Zhang Yuning, sedia memberikan saingan sengit tanpa memandang rendah kekuatan pasukan lawan menjelang perlawanan persahabatan bertemu Malaysia di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, malam ini.
Pasukan di ranking ke-96 dunia itu berada dalam momentum terbaik selepas menewaskan pasukan yang beraksi di Piala Dunia 2026, Curacao 2-0 di laman sendiri pada Mac lalu.
Mengulas mengenai skuad terbaik yang berkemungkinan membarisi kesebelasan utama Harimau Malaya, dia berkongsikan: "Tidak kira sama ada Malaysia menurunkan kesebelasan utama terkuat mereka ataupun membawa berapa ramai pemain naturalisasi, pendirian kami tidak akan berubah.
"Seperti ketika menentang Curacao pada Mac lalu dan perlawanan pada Jun, kami tetap akan berusaha untuk meraih kemenangan." katanya dipetik dari MakanBola.