Skip to main content

Badminton

Piala Dunia 2026: Menyeramkan! Pemain Jerman gusar jumpa ular berbisa di kem latihan

ular.

Kapten Jerman, Joshua Kimmich, menyuarakan kebimbangan mengenai kehadiran ular berbisa berhampiran padang latihan pasukan itu bagi kempen Piala Dunia 2026 di Carolina Utara.

Isu keselamatan pemain mula menjadi perhatian seandainya ada dalam kalangan mereka yang menjadi mangsa patukan ular.

"Kami terserempak dengan seekor ular semalam dan dimaklumkan bahawa ia ular berbisa," kata Kimmich kepada BBC.

"Jika dipatuk, mangsa perlu segera dikejarkan ke hospital. Saya rasa ia tidaklah membawa maut tetapi tetap berbahaya.

"Jika tersilap langkah dan terpijak ular seperti itu, padah menanti.

"Sebab itu kami cuba menjaga jarak daripada haiwan di sini. Tabik kepada penduduk di sini kerana di Jerman, rasanya tidak banyak haiwan berbisa seperti ini.

"Apabila mendapat tahu jenis ular itu dan kesan patukannya, perkara ini terus jadi tidak melucukan."

Kimmich dan skuad kebangsaan Jerman kini mengambil langkah lebih berhati-hati dalam persiapan menjelang aksi kedua peringkat kumpulan menentang Ivory Coast di Toronto, Kanada awal pagi Ahad ini.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video