Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Konspirasi? Setiap kali pengadil ini bertugas, Messi tak pernah kalah

WC

Kebetulan, nasib atau sebaliknya?

Satu lagi konspirasi hangat membabitkan pengadil perlawanan separuh akhir kedua Piala Dunia 2026 yang bertugas mengendalikan pertembungan England bertemu Argentina di Atlanta sebentar tadi.

Juara bertahan berjaya mara ke final buat kali kedua berturut-turut selepas memperoleh kemenangan dramatik menewaskan The Three Lions 2-1.

Selain aksi yang sarat dengan insiden panas, satu lagi persoalan mula timbul di kalangan peminat England.

Pelantikan pengadil dari Amerika Syarikat (AS), Ismail Elfath, oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dipertikai kerana sering menjadi pengadil yang melibatkan perlawanan bintang negara nombor satu dunia itu, Lionel Messi.

Tahukah anda? Lionel Messi tidak pernah tewas dalam perlawanan di mana Ismail Elfath menjadi pengadil.

Malah, bekas tonggak Barcelona itu turut tidak penah kalah dalam aksi kelab, Inter Miami, jika Elfath yang bertugas.

Skuad kendalian Lionel Scaloni akan bertemu juara 2010, Sepanyol, bagi merebut kejuaraan edisi ke-23 pada awal pagi Isnin ini. 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video