Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Kes selesai, peralatan England ditemui selepas dicuri

England

Calon juara Piala Dunia 2026, England, difahamkan sudah menemui semula peralatan dan barangan yang dicuri, sekali gus kembali fokus untuk persiapan menjelang perlawanan pembukaan Kumpulan L menentang Croatia Khamis depan.

Terdahulu, situasi tidak dijangka itu berlaku apabila segala kelengkapan sedang dihantar dari pangkalan latihan mereka di Florida ke Swope Soccer Village di Kansas City, Missouri, yang menjadi lokasi latihan rasmi pasukan sebelum aksi pembukaan kejohanan.

Antara barangan yang dilaporkan hilang termasuk beberapa pasang but milik pemain, peralatan latihan serta bola rasmi yang sepatutnya digunakan dalam sesi persiapan pasukan.

Lebih membimbangkan, beberapa but yang dicuri dipercayai milik pemain-pemain utama The Three Lions yang bakal menggalas harapan negara di pentas bola sepak terbesar dunia itu.

Datuk Bandar Kansas City, Quinton Lucas, mendesak pihak berkuasa supaya menjalankan tanggungjawab menyelesaikan kes rompakan tersebut dengan segera.

Namun, menurut sumber difahamkan beberapa peralatan sudah ditemui dengan penjaga gol, Dean Henderson, berkata ia tidak lagi menjadi isu besar buat semua.

"Saya rasa semua barang sudah kembali, jadi tiada masalah," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video