Penafian: Ini adalah berdasarkan ramalan daripada superkomputer.
Stadium Astro menerusi hantaran di media sosialnya mendapat perhatian apabila memuat naik ramalan peratusan pasukan yang bakal ke suku akhir daripada kajian terkemuka bola sepak iaitu, OPTA Analyst.
Setakat ini, Maghribi dan Perancis menepati ramalan menempah tiket ke peringkat seterusnya apabila menewaskan lawan masing-masing dalam pusingan 16 terbaik hari ini. Malah, data yang terkumpul itu benar menunjukkan Kanada dan Paraguay akan tersingkir kerana status pasukan bukan pilihan.
Perlawanan tumpuan membabitkan dua gergasi dunia lebih memihak kepada juara 2010, Sepanyol, yang mengumpul 62.16 peratus berbanding Portugal (37.84%).
Brazil, England dan juara bertahan, Argentina, antara pasukan lain yang memiliki nilai terbesar untuk mara dengan mudah, namun Piala Dunia 2026 banyak menampilkan kejutan besar.
Sejauh manakah ramalan tersebut menjadi kenyataan?